Kulepaskan kau lelayangku
kerana aku tidak mampu memaut benangmu
tidak mampu melawan inginmu menerjah ke awan
tidak mampu menongkah takdir untukmu
kulepaskan kau lelayangku
sedang hati sarat kasih dan sayang
setelah sekian lama kubelanjakan
masa
meraut buluh usia
melarik dan melakar garisan warna
mengutip perca-perca
kaca
kulepaskan kau ke langit
dalam doa dan redhaku
biar angin deras merusuh menghambatmu
kerana itu inginmu.
Nukilan pena
Ros Silawati
No comments:
Post a Comment