Friday, 4 October 2019

aku ingin pulang




Hantarkan aku pulang
kerana aku telah lama di sini
melihat jalan-jalan yang simpang siur
merakam pertemuan dan perpisahan
mengira putaran detik waktu

Hantarkan aku pulang
Kerana aku kian lelah di sini
jemariku luka berdarah menganyam tikar hayat
langkahku kian berat mengheret waktu
bergetar temulangku menghambat usia

Hantarkan aku pulang
seusai siang menjengah malam
bersama seberkas kenangan
diiringi zikrullah
dalam persalinan kasturi  kasih dan sayang.


Pena karya
Ros Silawati

No comments:

Post a Comment