Tuesday, 12 July 2011

Rahmat disebalik ujianNYA

Maha Suci ALLAH...


Dia menguji manusia dengan berbagai ujian dan berbagai nikmat. Ujian dan cubaan itu bermacam-macam dan bertingkat-tingkat pula. Ada ujian yang menimpa terhdap tubuh badan, keluarga, kasih sayang, harta benda, pengaruh, kuasa, jawatan, aqidah dan sebagainya. Malah nikmat kesenangan juga adalah ujian ALLAH kepada hambaNYA. 


Rasulallah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
Orang yang paling banyak mendapat ujian itu adalah para Nabi,kemudian baru orang yang lebih dekat darjatnya kepada mereka.Orang diuji menurut tingkat kekuatannya kepada agamanya. Jika sangat kuat dalam beragama maka sangat kuat dalam ujian yang menimpanya, jika lemah dalam agamanya, maka diuji pula oleh Allah sesuai dengan tingkatan kekuataannya kepada agamanya. Demikianlah ujian itu sentiasa ditimpakan kepada seorang hamba sampai dia dibiarkan berjalan di muka bumi dalam keadaan tidak berdosa.  
(H.R. Tarmizi)


Daripadanya dapat disimpulkan bahawa ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai maksud untuk:

  • membersih dan memilih mukmin sejati dan munafik,
  • mengangkat darjat dan menghapuskan dosa,
  • melihat sejauh mana kesabaran dan ketaatan hambaNya,
  • membentuk dan mendidik keperibadian sehingga menjadi umat yang berbudi tinggi,
  • sebagai latihan agar hambaNya sentiasa menerima dan menempuh ujian agar bertambah kesabaran dan ketaatan, serta tetap pendiriannya. 
Jadi, apabila kita ditimpa musibah, kembalikanlah diri kita kepada kalimat yang penuh dengan erti kebaikan dan keberkatan, iaitu " KITA ADALAH MILIK ALLAH, DAN KEPADANYALAH KITA KEMBALI"


wallahu'alam. 

No comments:

Post a Comment