Kanak-kanak tidak terlepas daripada diibaratkan sebagai kain putih.. Mereka suci dan bersih.
Jiwa mereka yang suci dan bersih...Jiwa mereka halus, lembut dan wangi semerbak harum kesturi.
sesungguhnya, setiap insan yang dewasa telah melalui alam kanak-kanak ... tapi zaman yang manis ini telah berlalu begitu sahaja. tidak sempat pun untuk kita mengadakan sedikit catatan mengenainya. dah tentu tiada jualah catatan yang lengkap ataupun kita membuat refleksi dan muhasabah diri akan hari-hari yang telah ditinggalkan ... segala-galanya menjadi sejarah dan kenangan
malah kotak fikiran kita semakin sempit ruang storannya untuk mengingat kembali satu persatu detik manis atau pahit lalu...hanya sesekali apabila melihat kanak-kanak kecil di taman asuhan, dalam kota fikiran mula membayangkan ..."bagaimana agaknya ketika aku berusia sebaya mereka?"
Ingin sekali membayangkan waktu pertama kali mula mengenal a, b, c ...
bagaimana jari-jemari ini dapat menulis... yang dikatakan bermula dengan pratulisan...
wah... terpukul dada rindu pada alam persekolahan. membayangkan wajah cikgu2 masa yang sangat silam..
Wahai angin pelayaran,
sampaikanlah salamku untuk para guru tercinta, ketika zaman awal persekolahan yang lalu... entah bagaimana perasaan payahnya mengajar aku menulis dan membaca...
Sudah tentu kita tidak dapat kembali ke zaman itu...
namun berikan ruang kepada jiwa kita merenung kembali akan hari-hari semalam...
pada hari kita menjadi kanak-kanak...
warna-warni kehidupan seindah pelangi dilakarkan pada pemidang yang besar...tak terhitung besarnya...
lakaran yang terancang dan ilmiah oleh cikgu-cikgu di sekolah.
jiwa-jiwa halus...
motor-motor halus...
begitu teknikal sifatnya... sudah berfungsi dengan baik sekali , sudah tentu kerana jasa guru pada zaman yang lalu, sehingga jari jemari bukan sahaja boleh menulis dengan baik, malah membawa pelayaran jiwa melalui papan kekunci alaf kini... syukur ya ALLAH...
No comments:
Post a Comment