Berikan aku lantera itu
Untukku letak di serambi malam
Kerana kegelapan pasti menakutkan
Kegelapan yang membungkus sekujur kehidupan
Sehingga bantal-bantal
tidak mampu menjadi pengisi kepada mimpi.
Nyalakanlah sumbu lantera itu
Biar cahayanya menjadi pengisi alam
Agar aku bisa melawan pekatnya malam
Dengan pedang cahaya yang terhunus di tangan
Dapat kucincang dan kuratah segala ketakutan.
Berikan aku lantera itu
Unjukkan aku akan jalan ke muara
Kerana di sana ada perahu penambang
Yang bisa membawa aku ke dunia sebelah sana
Kerana di sini aku kian sakit dihimpit kegelapan.
4 Januari 2018
No comments:
Post a Comment