Program ini merupakan buah tangan terakhir semasa bertugas di IPG Kampus Perlis. Pengalaman bersama-sama dengan rakan Jabatan Pengajian Melayu menjadi bingkisan kenangan yang membungkus keseluruhan peristiwa sepanjang bertugas di IPG Kampus Perlis.
8 Januari 2018 : Pada pukul 7.15 pagi Pn. Norshabihah
mengambil saya di hadapan Maybank Changlun. Begitu banyak barang
dan bekalan yang kami bawa. Saya bawa periuk NOXXA. Pn. Norshabihah pula membawa dua biji periuk, kuali dan dapur gas kecil. Bahan memasak pun berlambak-lambak.
Rombongan kami berkumpul di sempadan (Wang Kelian) lebih kurang pukul 9.00 pagi. Lebih kurang
pukul 10.00 pagi urusan di pintu masuk Thailand selesai. Drama passport pun
ada. “Tapi syukur, Allah menolong kami”.
Pada awal pagi pintu sempadan Wang Kelian agak lengang
Selesai urusan di sempadan kami seramai lapan orang bergerak secara berkumpulan dengan tiga buah kenderaan.
Perjalanan sangat selesa kerana jalan raya tidak sibuk. Cuma kena berhati-hati dengan penunggang motorsikal. Kami melalui beberapa perkampungan dan pekan kecil, antaranya ialah Wang Prachan dan Ban Chalun.
Saya bersama Pn. Norshabihah yang sangat hebat dalam menguruskan program ini.
Perjalanan sangat selesa kerana jalan raya tidak sibuk. Cuma kena berhati-hati dengan penunggang motorsikal. Kami melalui beberapa perkampungan dan pekan kecil, antaranya ialah Wang Prachan dan Ban Chalun.
Lebih kurang pukul 10.30 (waktu tempatan) yang lewat satu jam daripada Malaysia kami tiba di lokasi program.
Inilah penanda Sekolah Satunsansantisuksa, La-ngu; yang terletak dalam daerah Satun
Program Semarak Bahasa Melayu berlangsung
selama lima hari iaitu bermula 8 Januari 2018 hingga 12 Januari 2018.
Jadual sangat padat. Sepanjang hari kami mengajarkan Bahasa
Melayu kepada sekumpulan guru BM di sekolah ini. Tetapi yang bagusnya setiap
hari dihidangkan dengan makanan Thai yang sangat sedap serta turut disediakan tempat penginapan yang sangat selesa untuk kami di
Laguna Resort.
Laguna Resort terletak lebih kurang 7.5 km dari sekolah. dan lebih kurang 6 km ke Pak Bara iaitu jeti sebelum ke Koh Lipe. Pemiliknya seorang Islam yang juga merupakan ahli Lembaga Sekolah Satunsansantisuksa.

Chalet yang kemas dan bersih. Bilik pun luas.
Malam-malam kami sempat memasak roti bakar, nasi goreng dan nasi berlauk udang segar.