Tuesday, 26 July 2011

Jiwa Halus dan Motor Halus dalam Pendidikan

Kanak-kanak tidak terlepas daripada diibaratkan sebagai kain putih.. Mereka suci dan bersih.
Jiwa mereka yang suci dan bersih...Jiwa mereka halus, lembut dan wangi semerbak harum kesturi.



sesungguhnya, setiap insan yang dewasa telah melalui alam kanak-kanak ... tapi zaman yang manis ini telah berlalu begitu sahaja. tidak sempat pun untuk kita  mengadakan sedikit  catatan mengenainya. dah tentu tiada jualah catatan yang  lengkap ataupun kita membuat refleksi dan muhasabah diri akan hari-hari yang telah ditinggalkan ... segala-galanya menjadi  sejarah dan kenangan


malah kotak fikiran kita semakin sempit ruang storannya untuk mengingat kembali satu persatu detik manis atau pahit lalu...hanya sesekali apabila melihat kanak-kanak kecil di taman asuhan, dalam kota fikiran mula membayangkan ..."bagaimana agaknya ketika aku berusia sebaya mereka?"
Ingin sekali membayangkan waktu pertama kali mula mengenal a, b, c ...
bagaimana jari-jemari ini dapat menulis... yang dikatakan bermula dengan pratulisan...
wah... terpukul dada rindu pada alam persekolahan. membayangkan wajah cikgu2 masa yang sangat silam..

Wahai angin pelayaran, 
sampaikanlah salamku untuk para guru tercinta, ketika zaman awal persekolahan yang lalu... entah bagaimana perasaan payahnya mengajar aku menulis dan membaca...




Sudah tentu kita tidak dapat kembali ke zaman itu...

namun berikan ruang kepada jiwa kita merenung kembali akan hari-hari semalam...

pada hari kita menjadi kanak-kanak...
warna-warni kehidupan seindah pelangi dilakarkan pada pemidang yang  besar...tak terhitung besarnya...
 lakaran yang terancang dan ilmiah oleh cikgu-cikgu di sekolah.

jiwa-jiwa halus...
motor-motor halus...
begitu teknikal sifatnya... sudah berfungsi dengan baik sekali , sudah tentu kerana jasa guru pada zaman yang lalu, sehingga jari jemari bukan sahaja boleh menulis  dengan baik, malah membawa pelayaran jiwa melalui papan kekunci alaf kini... syukur ya ALLAH...

Tuesday, 12 July 2011

ayuh kita teruskan pelayaran...

ke manakah jiwa kita akan bertamu...

sebuah pelayaran jiwa...


di daratan, di lautan,

atau melangkaui batas angkasa raya...



mari kita terus berkayuh, belayar mencari santapan jiwa kerana dalam kehidupan kita bukan sahaja dalam perjuangan memenuhkan kantung perut yang berkeroncong tetapi juga memenuhkan kelongsoing jiwa dengan santapan yang berkhasiat  dan bermanfaat... sudah tentulah yang yang kita cari adalah yang diredhaiNYA..

Tuhanku... restuilah pelayaran ini..




Rahmat disebalik ujianNYA

Maha Suci ALLAH...


Dia menguji manusia dengan berbagai ujian dan berbagai nikmat. Ujian dan cubaan itu bermacam-macam dan bertingkat-tingkat pula. Ada ujian yang menimpa terhdap tubuh badan, keluarga, kasih sayang, harta benda, pengaruh, kuasa, jawatan, aqidah dan sebagainya. Malah nikmat kesenangan juga adalah ujian ALLAH kepada hambaNYA. 


Rasulallah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
Orang yang paling banyak mendapat ujian itu adalah para Nabi,kemudian baru orang yang lebih dekat darjatnya kepada mereka.Orang diuji menurut tingkat kekuatannya kepada agamanya. Jika sangat kuat dalam beragama maka sangat kuat dalam ujian yang menimpanya, jika lemah dalam agamanya, maka diuji pula oleh Allah sesuai dengan tingkatan kekuataannya kepada agamanya. Demikianlah ujian itu sentiasa ditimpakan kepada seorang hamba sampai dia dibiarkan berjalan di muka bumi dalam keadaan tidak berdosa.  
(H.R. Tarmizi)


Daripadanya dapat disimpulkan bahawa ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai maksud untuk:

  • membersih dan memilih mukmin sejati dan munafik,
  • mengangkat darjat dan menghapuskan dosa,
  • melihat sejauh mana kesabaran dan ketaatan hambaNya,
  • membentuk dan mendidik keperibadian sehingga menjadi umat yang berbudi tinggi,
  • sebagai latihan agar hambaNya sentiasa menerima dan menempuh ujian agar bertambah kesabaran dan ketaatan, serta tetap pendiriannya. 
Jadi, apabila kita ditimpa musibah, kembalikanlah diri kita kepada kalimat yang penuh dengan erti kebaikan dan keberkatan, iaitu " KITA ADALAH MILIK ALLAH, DAN KEPADANYALAH KITA KEMBALI"


wallahu'alam. 

Munajat: Nadamurni


Tuhan 

Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan
Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Bisikanku untuk-Mu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku
Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan
Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirah-Mu
Mardhiah-Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Kurindukan pimpinan-Mu
Keagungan-Mu dalam doaku
Kebesaran pada qudrat-Mu
Ia membina ruhaniku
Ujian kepahitan
Di dalam perjuangan
Padanya ada kemanisan
Ketenangan dan kebahagiaan
Padanya syurga idaman


Hanya DIA lah tempat dipersembahkan segala rintih hati. Apatah lagi dalam keadaan kita yang tidak pernah tahu akan sejauh mana  pelayaran hidup ini.